Kurun ke-5 hingga ke-15 Sejarah Sabah

Kesultanan Brunei

Pada waktu sebelum abad ke-6, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah, Brunei dan Sarawak adalah berpusat pada kerajaan Brunei dan kerajaan Brunei juga merupakan pusat perdagangan dengan China. Wilayah ini sebaliknya dipengaruhi oleh dua kuasa besar pada waktu itu, iaitu Srivijaya di Sumatra dan kemudian Majapahit di Jawa.

Bagaimanapun, pada awal abad ke-15, Empayar Melaka di bawah pemerintahan Parameswara telah menyebarkan pengaruhnya dan seterusnya mengambil alih perdagangan Brunei. Perubahan ini menyebabkan agama Islam tersebar di wilayah Brunei oleh pedagangnya pada akhir abad ke-15. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah menyebabkan Sultan Brunei mengambil alih kepimpinan Islam dari Melaka. Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah, kerajaan Brunei telah memperluaskan pengaruhnya ke utara sehingga ke Luzon dan Sulu serta di sebelah selatan dan barat Borneo.[4] Kecuali dari Eropah, pendatang asing yang berurusan dengan Sabah (Borneo Utara) tidak meninggalkan sebarang rekod bertulis tentang kegiatan mereka di kawasan ini. Penduduk tempatan juga tidak memiliki sebarang rekod bertulis kecuali sejarah dan tradisi lisan mereka.

Pada 600 tahun masihi, orang-orang Cina telah datang untuk membuat perdagangan dan hubungan diplomatik dengan Borneo Utara. Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals) telah merakamkan tentang penempatan mereka di kawasan Kinabatangan. Bukti-bukti Arkeologi iaitu seramik yang ditemui di Borneo Utara menunjukkan bahawa orang-orang Cina ada menjalankan perdagangan secara bertukar barang, antara seramik orang-orang Cina dengan rempah ratus dari penduduk tempatan.

Sekitar tahun 1609, putera bongsu Sultan Muhammad Hassan (Sultan Brunei ke-9) yang bernama Pangiran Shahbandar Maharajalela @ Raja Bongsu telah dihantar ke Sulu untuk mengantikan ayahnda saudara nya Sultan Betara Shah Tengah @ Pangiran Tindig ibni Sultan Buddiman Ul-Halim yang lindung tanpa zuriat. Sultan Betara Shah Tengah ini adalah saudara kepada Bonda Raja Bongsu yang bernikah dengan Sultan Muhammad Hassan.

Sebagai bukti Raja Bongsu ini adalah berdarah dari Keluarga Diraja Brunei, beliau telah membawa bersama simbol diraja beliau yang dipanggil "Sepong Janggi" (Panggilan di Brunei) dan "Pulau Janggi" (Panggilan di Sulu). Raja Bongsu ini menaiki takhta Kesultanan Sulu pada 1610 - 1650 dengan gelaran Sultan Mawalil-Wasit-I. Simbol diraja baginda ini telah diamanahkan disimpan oleh Pewaris Kedua Kesultanan Sulu (Keluarga Maharajah Adinda- Keturunan Sultan Bantilan Muizuddin ibni Sultan Badaruddin-I, melalui isteri kedua Sultan Badaruddin-I, seorang Puteri Tidung, anak penguasa Kerajaan Tidung di Tanah Borneo). Tidak diamanahkan kepada Pewaris Pertama Kesultanan Sulu (Keluarga Kiram atau Keluarga Shakiraullah - Keturunan Sultan Azimuddin-I @ Datu Lagasan ibni Sultan Badaruddin-I, melalui isteri pertama Sultan Badaruddin-I, seorang gadis dari Soopeng, Sulawesi ). Pengamanahan simbol diraja ini kepada Pewaris Kedua, adalah sebagai penyataan maksud bahawa Pewaris Kedua Kesultanan Sulu (Keluarga Maharajah Adinda) adalah juga mempuyai Hak yang sama kea atas kesultanan Sulu sepertimana hak Pewaris pertama. Disamping itu sebagai satu usaha kerajaan Kesultanan Sulu agar tidak semudahnya boleh termansuh kerajaan Kesultanan Sulu, kerana Kesultanan Sulu dipunyai oleh "Dua Pewaris" yang sah. Pewaris Keluarga Maharajah Adinda yang sah ini, ada tercatat rekod nya di Muzium muzium Brunei di Bandar Sei Begawan, kearana penghantaran simbol diraja "Pulau Janggi" tersebut pada tahun 1978.

Rujukan

WikiPedia: Sejarah Sabah http://www.bt.com.bn/2013/03/07/sabah-and-sulu-cla... http://www.bt.com.bn/life/2008/09/07/loss_of_labua... http://www.bt.com.bn/life/2008/09/21/how_brunei_lo... http://www.asianjournal.com/cgi-bin/view_info.cgi?... http://www.epilipinas.com/SabahClaim.htm http://books.google.com/?id=SQ4t_OJgSjAC&pg=PA40&l... http://books.google.com/books?id=glG-WBH8hkQC&pg=P... http://archive.is/O4lWE http://archive.is/dZ4Xl http://books.google.com.my/books?id=JkGLA-mSe_AC&p...